Tips Pembajaan

Pembajaan

  • Pokok perlukan nutrien yang cukup untuk tumbuh dengan subur, hasilkan bunga dan buah yang banyak.
  • Keperluan nutrien berbeza bagi setiap jenis tanaman.
  • Tanaman yang cepat tumbuh, berbunga dan berbuah perlu lebih banyak baja.
  • Tanaman yang lambat tumbuh seperti paku-pakis dan kaktus perlukan sedikit baja.
  • Tanaman perlu tidak kurang daripada 17 nutrien.
  • Kebanyakan nutrien tersedia atau ada dalam air seperti hidrogen dan dalam udara seperti oksigen dan karbon.
  • Untuk tumbuh dengan baik dan mengeluarkan hasil, tumbuhan memerlukan nutrien makro.
  • Nutrien makro perlu ditambah ke dalam tanah atau disembur pada tanaman.
  • Nutrien makro yang penting adalah nitrogen (N), phosphorus (P), potassium (K), calcium (Ca), magnesium (Mg) dan sulphur (Sr).
  • Nitrogen, fosforus dan potasium dikenali sebagai NPK adalah paling penting dan perlu selalu ditambah.

N: Pokok berdaun seperti drasina, aglaonema dan sayuran berdaun perlukan baja yang tinggi kandungan nitrogen.

 

P : Pokok berbunga perlukan baja yang tinggi kan-dungan phosphorus untuk merangsang pengeluaran bunga. Phosphorus juga meningkatkan kekuatan ba-tang dan menggalak pengeluaran akar.

 

K: Pokok mengeluarkan buah per-lukan baja yang tinggi potassium untuk merang-sang pengeluaran buah dan membantu buah menjadi besar. Potassium juga mening-katkan ketahanan pokok daripada serangan penyakit.

 

Jenis-jenis baja

Jenis-jenis baja

Jenis-jenis baja

  • Berasal daripada bahan tanaman atau tinja (najis) haiwan yang reput
  • Sedikit kandungan nutrien berbanding baja bukan organik
  • Contoh : kompos, baja tahi haiwan
  • Daripada bahan mineral atau dibuat melalui proses kimia
  • Kandungan nutrien tinggi
  • Contoh : NPK Hijau, urea, Chrismas Island Rock Phosphate (CIRP)

Masalah

Apa perlu dilakukan

Kurang baja

  • Daun terbantut, saiz kecil dan berwarna kuning
  • Pokok tidak membesar
  • Tidak mengeluarkan bunga dan buah

 

  • Tambah baja, kuantiti sedikit setiap kali membaja tetapi lebih kerap

Lebih baja

  • Daun layu atau gugur sebelum tempohnya
  • Kurang daun muda keluar
  • Kesan terbakar pada daun

 

  • Berhenti memberi baja, buang saki-baki baja yang masih ada dan siram dengan air yang banyak

Bila Perlu Membaja?

  • 10 – 14 hari bagi pokok sayur-sayuran
  • Sekali sebulan bagi pokok renek
  • 3 – 4 bulan bagi pokok teduhan
  • Selepas pemangkasan bagi membantu pokok pulih
  • Bila terdapat tanda pokok tidak sihat, kekuningan atau pertumbuhan terbantut

Berapa Banyak Baja?

Prinsip utama membaja adalah beri jumlah yang sedikit tetapi dilakukan lebih kerap

  • Baja yang dikeluarkan oleh pengilang, ikut panduan yang disediakan
  • Baja organik cecair yang dibuat sendiri, sembur 1 atau 2 kali sebulan
  • Baja organik pepejal seperti kompos dan tinja haiwan, 2 – 3 bulan sekali
ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas