Inisiatif Negara Taman Terindah

Pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah melaksanakan perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap secara komprehensif ke arah mencapai Wawasan Negara Taman Terindah menjelang tahun 2020.

Kriteria pemilihan:

  1. Menyediakan perancangan dan pembangunan infrastruktur landskap yang komprehensif.
  2. Mengurus infrastruktur landskap dengan baik, sistematik, ekonomik dan berinovasi.
  3. Bandar yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.
  4. PBT mempunyai Jabatan/Bahagian/ Unit Landskap yang lengkap.
  5. PBT membangunkan inovasi landskap yang diiktiraf.
  6. Melibatkan orang awam dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap.
  7. Mendapatkan penajaan dalam pembangunan dan pengurusan kawasan landskap.

Pemenang Pertama

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Pemenang Kedua

Perbadanan Putrajaya

Pemenang Ketiga

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas