Sejarah MiB

  • Jabatan telah menjalankan program Rakan Taman dari tahun 2008 sebagai salah satu program kesukarelawan. Program ini menggalakkan komuniti melakukan kerja-kerja menjaga dan memelihara kawasan lapang serta landskap dalam kawasan kejiranan.Program ini telah dilancarkan oleh mantan Menteri KPKT pada 3 Mac 2013 di Taman Kejiranan, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Alor Setar, Kedah bersempena dengan sambutan Hari Landskap Negara 2013 dengan nama Rakan Taman.
  • Pada tahun 2019, nama Rakan Taman ditukar kepada Malaysia in Bloom (MiB). Jabatan Landskap Negara (JLN) menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menubuhkan Malaysia in Bloom (MiB) untuk memastikan kawasan kejiranan berada dalam keadaan bersih dan indah melalui landskap yang berfungsi dan memastikan kawasan lapang sentiasa terpelihara dan mampan.
  • Penjenamaan semula Program Rakan Taman kepada nama baharu iaitu ”Malaysia In Bloom” dengan tujuan lain seperti mengimarahkan kawasan rekreasi dengan aktiviti sihat serta meningkatkan keharmonian dan perpaduan masyarakat.
  • Program MiB telah dilaksanakan selama 6 tahun sejak 2013. Sehingga akhir tahun 2018, sebanyak 416 MiB telah berjaya ditubuhkan.

Kebun Komuniti Bandar

Pada 5 Mei 2021, Dasar Kebun Komuniti Bandar telah diluluskan di peringkat kabinet. Rentetan daripada itu, bagi perlaksanaan di peringkat Jabatan Landskap Negara maka program ‘Malaysia In Bloom’ adalah dicadangkan untuk tujuan perlaksanaan.
Dasar ini juga telah dilancarkan oleh mantan Menteri KPKT, YB Datuk Hajah Zuraida Binti Kamaruddin pada 3 Ogos 2021 di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Antara 5 Teras Utama Dasar Kebun Komuniti Bandar ini adalah seperti berikut:-
i. Menyediakan platform, program dan perancangan pembangunan kebun komuniti bagi menyokong pelaksanaan pembangunan hijau di seluruh negara.
ii. Melaksanakan pembangunan kebun komuniti yang tersusun, sistematik dan kemas serta menyokong kemampanan alam sekitar.

ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas