Tips Penjagaan Tanaman

Penyiraman

  • Pokok perlukan air untuk tumbuh dengan sihat. Keperluan air berbeza mengikut jenis tanaman, tempat penanaman dan cuaca.
  • Pokok baru tanam siram 2 kali sehari pada pagi dan petang.
  • Pokok di kawasan terbuka disiram dengan banyak supaya air menyerap jauh ke dalam tanah supaya akar pokok terikat kuat di dalam tanah. Kekerapan siraman 2 hingga 3 hari sekali.
  • Sayur-sayuran yang ditanam dalam kebun komuniti disiram dengan kerap daripada sumber air yang bersih untuk menjamin keselamatan hasil tuaian.
  • Pastikan sumber air tidak tercemar daripada bahan yang boleh membunuh tanaman.
  • Pokok dalam rumah (indoor plant) memerlukan air yang sedikit.

 

Masalah

Apa perlu dilakukan

Lebih air

  • Pokok layu kerana akar membusuk
  • Daun gugur serentak termasuk daun dan pucuk muda

 

  • Siram air sekadar perlu terutama bagi pokok dalam rumah (indoor plant)
  • Pastikan pokok ditanam dalam bekas mempunyai lubang air keluar (outlet)
  • Buat pemasuan semula menggunakan media mempunyai saliran yang baik

Kurang air

  • Pokok terbantut dan layu
  • Bahagian tepi daun bertukar warna perang dan kering

 

  • Siram dengan kerap
  • Pangkas bahagian yang mati

TIP:

  1. Siram pokok pasuan hingga lebihan air keluar daripada lubang di bawah pasu, ini menandakan siraman adalah mencukupi.
  2. Bagaimana mempastikan air yang digunakan bebas bahan cemar?
  • Guna air paip. Namun libatkan kos yang tinggi jika jumlah air yang diperlukan banyak.
  • Guna air hujan melalui kaedah tuaian air hujan (rain water harvesting) adalah amalan hijau yang murni. Namun perlu ambil langkah keselamatan supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.
  • Guna air dari sumber semulajadi seperti sungai, tasik atau kolam adalah paling praktikal. Namun air ini mungkin tercemar dengan bahan kimia seperti racun rumpai. Bagaimana mahu pastikan sumber air ini bebas bahan kimia.


Tip ini mungkin membantu:

  • Pastikan tiada tumbuhan, ikan, burung atau lain-lain fauna mati dalam kuantiti yang banyak secara tiba-tiba di sekitar kawasan sumber air.
  • Jika simptom ini berlaku berkemungkinan sumber air telah tercemar.
  • Jangan guna air daripada longkang atau sistem perparitan kerana mengandungi minyak (grease) dan bahan cuci (detergent) yang mer-osakkan tanaman.
ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas