Tips Media Tanaman

Media tanaman adalah tanah campuran yang boleh dibeli di nurseri bunga atau boleh dibuat sendiri. Anda boleh membuat tanah campuran sendiri bersesuaian dengan jenis tanaman yang hendak ditanam.

Kebanyakan tanaman memerlukan tanah campuran yang standard. Tanaman yang memerlukan kurang air seperti kaktus sesuai menggunakan campuran yang mengandungi lebih pasir. Manakala tanaman yang memerlukan kelembapan yang tinggi seperti paku-pakis atau tanaman yang ditanam dalam pasu gegantung sesuai menggunakan campuran yang mengandungi lebih kompos.

Bahan utama untuk membuat tanah campuran adalah tanah atas, bahan organik dan pasir sungai.

 

Media Tanaman Yang Dijual Di Nurseri

Panduan Menanam Dalam Pasu

  1. Batu kerikir atau pecahan pasu diletak untuk menutupi lubang saliran di dasar pasu
  2. Masukkan media tanaman pada kadar 1/4 dari dasar pasu
  3. Letak pokok ditengah-tengah pasu
  4. Penuhkan pasu dengan media tanaman. Tinggalkan 4-6 cm ruang kosong dari bibir pasu
  5. Siram sehingga air mengalir keluar dari dasar pasu
ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas