Tips Pembajaan
Pembajaan
- Pokok perlukan nutrien yang cukup untuk tumbuh dengan subur, hasilkan bunga dan buah yang banyak.
- Keperluan nutrien berbeza bagi setiap jenis tanaman.
- Tanaman yang cepat tumbuh, berbunga dan berbuah perlu lebih banyak baja.
- Tanaman yang lambat tumbuh seperti paku-pakis dan kaktus perlukan sedikit baja.
- Tanaman perlu tidak kurang daripada 17 nutrien.
- Kebanyakan nutrien tersedia atau ada dalam air seperti hidrogen dan dalam udara seperti oksigen dan karbon.
- Untuk tumbuh dengan baik dan mengeluarkan hasil, tumbuhan memerlukan nutrien makro.
- Nutrien makro perlu ditambah ke dalam tanah atau disembur pada tanaman.
- Nutrien makro yang penting adalah nitrogen (N), phosphorus (P), potassium (K), calcium (Ca), magnesium (Mg) dan sulphur (Sr).
- Nitrogen, fosforus dan potasium dikenali sebagai NPK adalah paling penting dan perlu selalu ditambah.
N: Pokok berdaun seperti drasina, aglaonema dan sayuran berdaun perlukan baja yang tinggi kandungan nitrogen.
P : Pokok berbunga perlukan baja yang tinggi kan-dungan phosphorus untuk merangsang pengeluaran bunga. Phosphorus juga meningkatkan kekuatan ba-tang dan menggalak pengeluaran akar.
K: Pokok mengeluarkan buah per-lukan baja yang tinggi potassium untuk merang-sang pengeluaran buah dan membantu buah menjadi besar. Potassium juga mening-katkan ketahanan pokok daripada serangan penyakit.
Jenis-jenis baja
Jenis-jenis baja
Jenis-jenis baja
- Berasal daripada bahan tanaman atau tinja (najis) haiwan yang reput
- Sedikit kandungan nutrien berbanding baja bukan organik
- Contoh : kompos, baja tahi haiwan
- Daripada bahan mineral atau dibuat melalui proses kimia
- Kandungan nutrien tinggi
- Contoh : NPK Hijau, urea, Chrismas Island Rock Phosphate (CIRP)
Masalah
Apa perlu dilakukan
Kurang baja
- Daun terbantut, saiz kecil dan berwarna kuning
- Pokok tidak membesar
- Tidak mengeluarkan bunga dan buah
- Tambah baja, kuantiti sedikit setiap kali membaja tetapi lebih kerap
Lebih baja
- Daun layu atau gugur sebelum tempohnya
- Kurang daun muda keluar
- Kesan terbakar pada daun
- Berhenti memberi baja, buang saki-baki baja yang masih ada dan siram dengan air yang banyak
Bila Perlu Membaja?
- 10 – 14 hari bagi pokok sayur-sayuran
- Sekali sebulan bagi pokok renek
- 3 – 4 bulan bagi pokok teduhan
- Selepas pemangkasan bagi membantu pokok pulih
- Bila terdapat tanda pokok tidak sihat, kekuningan atau pertumbuhan terbantut
Berapa Banyak Baja?
Prinsip utama membaja adalah beri jumlah yang sedikit tetapi dilakukan lebih kerap
- Baja yang dikeluarkan oleh pengilang, ikut panduan yang disediakan
- Baja organik cecair yang dibuat sendiri, sembur 1 atau 2 kali sebulan
- Baja organik pepejal seperti kompos dan tinja haiwan, 2 – 3 bulan sekali