Tips Merekabentuk Taman

Apa itu rekabentuk taman?

Rekabentuk adalah proses menzahirkan idea kreatif dalam bentuk lukisan pelan dan lakaran perspektif mengambarkan apa yang anda inginkan pada taman yang akan dibina. Proses rekabentuk akan membantu anda memahami keadaan tapak dengan lebih mendalam dan mengeluarkan idea-idea untuk membentuk taman idaman.

Apa yang diperlukan?

Dalam rekabentuk taman, anda memerlukan beberapa alat tulis asas yang akan membantu mempercepatkan proses kerja. Cuba dapatkan peralatan asas ini. Jika tidak ada, boleh menggunakan alternatif yang sesuai.

Peralatan Asas Dalam Penyediaan Pelan

  1. Water Colour – Bahan pewarna basah yang menggunakan campuran air untuk mewarna
  2. Color mixing plate – Tempat bancuhan bahan water colour
  3. Berus lukisan – Peralatan menyapu warna ke atas pelan
  4. Graphic Marker – Mewarna pelan dan perspektif
  5. Pen biasa mata halus – Alat tulis
  6. Pensil – Alat tulis melukis dan melakar pelan
  7. Pengasah Pensil
  8. Pemadam Pensil
  9. Circle Template – Melukis acuan bulatan
  10. Pembaris
  11. Pembaris sesiku
  12. Pensil Warna – Mewarna pelan dan perspektif
  13. Jangka Lukis – Melukis saiz bulatan yang diperlukan

Langkah 1 – Inventori Tapak

Inventori bertujuan merekodkan elemen-elemen fizikal dan bukan fizikal yang ada di tapak. Elemen fizikal seperti pokok dan struktur sedia ada manakala elemen bukan fizikal seperti arah ufuk utara dan naungan. Maklumat-maklumat ini akan direkod di dalam Pelan Inventori.

Pengukuran akan dilakukan untuk mengetahui keluasan dan menentukan sempadan tapak. Maklumat pengukuran tapak akan dilukis di atas kertas mengikut skala yang sesuai dan ini akan dikenali sebagai Pelan Asas Tapak. Pelan Asas Tapak ini akan digunakan untuk menghasilkan lain-lain pelan seperti Pelan Inventori, Pelan Analisis, Pelan Konsep dan Pelan Induk.


 

Langkah 2 – Analisis Tapak
 

Berdasarkan inventori tapak, satu Pelan Analisis tapak dihasilkan. Apa yang perlu dianalisis? Sebagai perekabentuk, kita perlu mengetahui apakah kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman (threat) yang ada pada tapak. Analisis ini dinamakan Analisis SWOT.

 


Pelan Analisis 

STRENGTHS
 
  • Mukabumi landai
  • Mendapat cahaya matahari melebihi 6 jam/hari
  • Tiada halangan fizikal
  • Kawasan tumpuan kerana sebelah padang
  • Pengudaraan yang baik
WEAKNESS
 
  • Tanah padat
  • Tanah tidak subur
  • Jauh daripada sumber air
  • Laluan pintas pelajar
OPPORTUNITIES
 
  • Tiada kerja-kerja potong atau tambak tanah diperlukan
  • Saiz ruang yang memadai untuk sebuah taman mini
  • Pelbagai spesies tumbuhan landskap sesuai ditanam
THREATS
 
  • Pokok hidup tidak subur

 

Langkah 3 – Konsep Rekabentuk Taman
 

Berdasarkan inventori, analisis tapak dan hasrat atau apa yang dimahukan oleh perekabentuk, beberapa pelan konsep taman dihasilkan. Pelan konsep merupakan lakaran ruang yang mahu diwujudkan dalam taman yang akan dibina. Lakaran ruang ini berbentuk diagram berbuih (bubble diagram) yang menggambarkan kedudukan, saiz dan orientasi kepada taman yang akan dibina. Selain itu, pernyataan ringkas perlu ditulis untuk membantu perekabentuk menggambarkan apa yang dihasratkan.

Langkah 4 – Pelan Induk Taman

Daripada beberapa pelan konsep yang telah dihasilkan, perekabentu perlu memilih satu (1) yang paling sesuai dengan:

  • keadaan tapak
  • tujuan pembinaan taman dan
  • peruntukan kewangan

Pelan konsep yang dipilih akan diperincikan dengan gabungan landskap lembut dan landskap kejur mengikut keperluan dan kesesuaian untuk menghasilkan Pelan Induk (Master Plan). Sepertimana Pelan Konsep, beberapa pilihan Pelan Induk boleh dihasilkan untuk menzahirkan rekabentuk terbaik. Pelan Induk yang dihasilkan mesti mengikut skala yang menggambarkan keadaan sebenar di tapak.

ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas