Hari Terbuka Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari

*Hari Terbuka Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari*

*Sesi Khas Urban Café*

*“BETTER CITIES, BETTER LIFE” – TOWARDS A LIVEABLE MALAYSIA*

10 Disember 2021, Jumaat

9.30 pagi – 1.00 petang

Ballroom 2, Kuala Lumpur Convention Centre

Dengan lebih 24 juta rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan bandar dan aspirasi KPKT untuk Malaysia yang Berdaya Huni, URBANICE Malaysia dan Jabatan Landskap Negara akan menganjurkan ‘Sesi Khas Urban Café’ dengan tajuk “BETTER CITIES, BETTER LIFE” – TOWARDS A LIVEABLE MALAYSIA bersempena dengan Hari Terbuka Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang berlangsung pada 9 Disember hingga 12 Disember 2021.

“Better Cities, Better Life” meneroka pemahaman untuk bandar-bandar dalam usaha menjadikan Malaysia yang Berdaya huni dalam persekitaran hijau dan ruang landskap yang lebih tersusun dan mampan. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang penduduk bandar, pentadbir bandar, ahli akademik, pelajar, NGOs, dan orang berkepentingan akan berbincang tiga aspek penting di ruangan ‘kafe’ yang disediakan:

Kafe Komuniti 1 : Landskap, Ruang Awam dan Sosial Bandar (People Spaces, Landscape & Sociability)

Kafe Komuniti 2 : Fungsi Bandar dan Akses Untuk Semua (City Function & Access For All)

Kafe Kommuniti 3 : Bandar Sihat & Selesa (City Comfort & Health)

Sesi khas ini akan merekodkan semua input perbincangan kepada sebuah ‘Roda Berdaya Huni untuk Malaysia’ (Liveability Wheel for Malaysia) dan membangunkan persepsi kisah kehidupan bandar di Malaysia. Kedua-dua hasil ini boleh menyumbang ke arah pembangunan Indeks Berdaya Huni untuk Malaysia serta rancangan dan program yang boleh diberikan keutamaan dalam masa terdekat.

Sertai kami sambil menghirup kopi panas di kafe yang disediakan dan lontarkan idea bernas anda untuk sama-sama menjadikan kehidupan yang lebih baik di bandar kita!

ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas