Buku ini mengandungi maklumat pengenalan serangga perosak dan kaedah kawalan yang terbaik supaya pokok ameniti sihat dan selamat daripada ancaman serangga perosak.
Buku ini mengandungi kaedah pengurusan perosak dan penyakit utama pokok ameniti melalui kawalan kimia supaya pokok-pokok ameniti mencapai sasaran sebagai pokok teduhan yang sihat dan selamat dari ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.
Edible Landskap adalah satu pendekatan rekabentuk taman yang menggabungkan penggunaan tanaman makanan dan tanaman. Ia juga dikenali sebagai Laman Dapur, Taman Tumbuhan Makanan (Edible Garden) dan Taman Komuniti.
Dasar Landskap Negara (DLN) merupakan panduan bagi menyediakan hala tuju pembangunan landskap negara, merangkumi dasar strategi dan pelan tindakan yang mampu menjadi pemangkin kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Buku ini mengandungi garis panduan dalam mengesan serta langkah-langkah pencegahan kesan abiotik terhadap pokok-pokok ameniti supaya mencapai sasaran sebagai pokok teduhan yang sihat dan selamat daripada ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.
Garis panduan ini dibentuk dengan penekanan utama penyediaan kawasan hijau berlandskap yang menepati fungsi-fungsi estetik dan kepelbagaian suasana bagi memperkayakan sesuatu rekabentuk.