Tips Membina Taman Anda

Bergantung kepada saiz dan tahap kesukaran rekabentuk taman, pembinaan boleh dilakukan sendiri atau dilantik kontraktor. Bagi mereka yang membina sendiri, beberapa kemahiran asas pertukangan, pembinaan dan hortikultur diperlukan.

Langkah 1 – Spesifikasi, Kuantiti dan Harga

Daripada Pelan Induk Taman yang telah dibuat, perekabentuk perlu menentukan spesifikasi komponen landskap lembut, landskap kejur dan lain-lain utiliti yang hendak dibina.

Spesifikasi bermaksud bagaimana tampak rupa, dibuat dari bahan apa dan berapa saiz komponen tersebut. Ada komponen taman seperti bangku, kerusi dan wakaf sedia terjual di pasaran. Anda boleh beli dan pasang bersesuaian dengan konsep dan rekabentuk taman. Manakala bagi sesetengah komponen yang khusus, kerja membina sendiri mengikut reka-bentuk yang dikehendaki perlu dilaksanakan.


Kuantiti merujuk kepada beberapa bilangan setiap komponen diperlukan. Anda perlu membuat anggaran harga keseluruhan pembinaan taman. Adakah peruntukan kewangan bersesuaian dengan harga pembinaan. Jika harga melebihi peruntukan kewangan, maka perubahan perlu dibuat kepa-da rekabentuk taman.

Langkah 2 – Membina Landskap Kejur

Jika terdapat komponen asal yang tidak diperlukan dalam rekabentuk taman maka perlu dikeluar atau dilupuskan dari tapak. Seterusnya komponen landskap kejur terlebih dahulu dibina sebelum penanaman pokok dilakukan. Tujuannya kerana pembinaan mungkin memerlukan penggunaan peralatan dan mesin yang boleh merosakkan tanaman.



Langkah 3 – Menanam Pokok

Setelah kerja-kerja pembinaan landskap kejur siap, maka anda boleh me-nanam tumbuhan yang dikehendaki dalam taman. Sebelum pena-naman dibuat, tapak perlu dibersihkan dari sisa-sisa bahan binaan, batu-batan, tunggul kayu dan lain-lain bahan yang boleh menghalang pertumbuhan akar.

Menggunakan kayu pancang, tandakan kawasan atau lubang penanaman di atas tapak seperti dalam Pelan Induk Taman. Gali lubang dan tanam pokok yang bersaiz besar seperti pokok teduhan dahulu sebelum me-nanam pokok yang bersaiz lebih kecil. Pastikan saiz dan jarak lubang pe-nanaman adalah sesuai untuk memastikan pertumbuhan pokok yang sihat.


Lubang, batas dan kotak penanaman perlu diisi dengan media tanaman yang baik untuk mempastikan pertumbuhan pokok yang sihat. Adalah sukar untuk mendapatkan tapak taman yang mempunyai tanah yang subur terutama di kawasan bandar. Sebab itu anda perlu menggunakan media tanaman.

Panduan Menanam Pokok Teduhan

 

  1. Mengorek lubang
  2. Membuka polibeg pokok
  3. Memasukkan pokok ke dalam lubang bersama kayu pemancang
  4. Mengambus lubang dengan media tanaman
  5. Membetulkan kedudukan pokok dan kayu pemancang
  6. Pokok yang telah siap ditanam
  7. Contoh ikatan tali pada pokok dengan kayu pemancang menggunakan wire mesh atau tali

 

Panduan Menanam Pada Batas/Kotak Penanaman

 

ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas