Mengimarahkan kawasan rekreasi dengan aktiviti sihat serta meningkatkan keharmonian dan perpaduan masyarakat dengan adanya bengkel-bengkel khusus, karnival jualan, dan program berinformasi sehingga peringkat antarabangsa.
Jaringan kerjasama yang lebih menyeluruh daripada penduduk tempatan bagi sebarang program yang berkaitan taman dan landskap.
Menjana ekonomi setempat dengan mewujudkan Kebun Komuniti.
Menggalakkan gerakan kesukarelawan dalam komuniti untuk melaksanakan usaha-usaha pengindahan, pemuliharaan dan penjagaan kawasan hijau dalam kawasan kejiranan.