Inisiatif Landskap Komuniti Terindah
Pengiktirafan kepada komuniti yang proaktif dalam kerja-kerja perlandskapan, keindahan dan penghijauan kawasan kejiranan selari dengan konsep Community in Bloom.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab mencalonkan mana-mana komuniti yang dianggap layak untuk dipertandingkan di kawasan dan daerah mereka berdasarkan kriteria yang diperlukan.
Pengiktirafan pertama telah dianugerahkan pada sambutan Hari Landskap Negara 2019 di Taman Botani, Putrajaya.