Geran & Bantuan Peruntukan

Waran Peruntukan MiB

MiB yang terpilih akan diberikan peruntukan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dalam bentuk waran yang disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Negeri) atau Jabatan Landskap Negeri. Jumlah maksimum waran tersebut adalah RM20,000 mengikut keperluan dan permohonan dari MiB melalui Laman Web MiB. Pihak PBT bertanggungjawab memperakukan permohonan tersebut dan akan diluluskan oleh pihak JLN.
Peruntukan tersebut perlu dibelanjakan sepenuhnya dalam tahun semasa dan segala peraturan kewangan Kerajaan Persekutuan termasuk Arahan/Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan lain-lain Agensi Pusat dapat dipatuhi sepenuhnya.
Aktiviti-aktiviti MiB yang dibenarkan untuk dibuat perolehan menggunakan peruntukan tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Pembayaran saguhati kepada jurulatih (instructor) senamrobik, zumba dan sebagainya;
  2. Pembelian barang-barang untuk pembaikan kecil landskap kejur seperti cat, simen, berus cat dan sebagainya;
  3. Pembelian bahan-bahan penyelenggaraan landskap lembut seperti baja, racun dan sebagainya.
previous arrow
next arrow
Slider
ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas