FAQ

The program was launched by the former Minister of KPKT on March 3, 2013 at the Neighborhood Park, Mergong Jaya Phase 1, Alor Setar, Kedah in conjunction with National Landscape Day 2013 in the name of Park Partner. In 2019, the name of Garden Partner is changed to Malaysia in Bloom (MiB). 

MiB merupakan program kesukarelawan bagi menggalakkan masyarakat melakukan kerja-kerja kesukarelawan untuk memelihara dan menjaga keindahan dan kebersihan kawasan kejiranan.

Ia berperanan untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjaga, memelihara dan menyelenggara kawasan lapang/hijau melalui sumbangan tenaga, input mahupun peralatan secara sukarela oleh komuniti setempat.

The MiB program has been implemented for 6 years since 2013. As of the end of 2018, a total of 416 MiBs have been successfully established.

Menggalakkan gerakan kesukarelawan dalam komuniti untuk melaksanakan usaha-usaha pengindahan, pemuliharaan dan penjagaan kawasan hijau dalam kawasan kejiranan.

  • Menjadikan Malaysia In Bloom (MiB) sebagai platform untuk komuniti setempat menjalankan aktiviti pengindahan melalui pendekatan ‘Garden Nation in Bloom‘ di dalam kawasan kejiranan yang meliputi halaman rumah, landskap di tepi jalan, taman permainan dan kawasan lapang.
  • Mengeratkan interaksi sosial bagi membentuk komuniti harmoni.
  • Menyuburkan aktiviti kesukarelawan dan jaringan kerjasama bagi menyemarakkan integrasi kaum, budaya dan sosial.
  • Menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna semasa berekreasi di dalam taman.
  • Mendorong pelaksanaan aktiviti menjana pendapatan seperti pelaksanaan kebun komuniti dan program kitar semula sisa domestik serta sisa kebun untuk djadikan baja kompos.
  • Berusaha mendapatkan sumbangan dan penajaan berbentuk fizikal seperti perabot taman dari badan korporat dan swasta melalui CSR (Corporate Social Responsibility Programme).
  • Mewujudkan kerjasama yang erat di antara penduduk dan agensi kerjaan/ pbt dalam urusan pemantauan, penjagaan dan pemeliharaan kawasan lapang/ hijau.
  • Mengurangkan penglibatan dan tempoh masa pemantauan pbt di taman kejiranan.
  • The neighborhood garden is more cheerful and well maintained.
  • Save on the cost of maintaining a neighborhood park.
  • Promote recreational areas with healthy activities and promote harmony and community cohesion.
  • A more comprehensive network of locals for any garden and landscape-related program.
  • Menjana ekonomi setempat dengan mewujudkan ‘Kebun Komuniti‘.
  • Improve the quality of the urban environment.

Ahli Malaysia In Bloom (MiB) boleh terdiri daripada penduduk setempat dalam kawasan kejiranan yang mempunyai taman awam, taman kejiranan atau kawasan lapang/hijau dan juga mana-mana orang awam yang menggunakan taman tersebut. Malaysia In Bloom (MiB) ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada:

  • Pengerusi
  • Timbalan Pengerusi
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • 6-10 orang Ahli Jawatankuasa

AJK boleh terdiri daripada AJK Persatuan Penduduk sedia da atau ditubuhkan satu AJK yang baru.

AJK digalakkan untuk dianggotai oleh setiap lapisan masyarakat mewakili pelbagai kaum, jantina dan peringkat umur dalam sesebuah kawasan kejiranan.

  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti pengindahan dan kebersihan kawasan kejiranan merangkumi aktiviti penanamanpokok hiasan, kebun komuniti, penyelenggaraan taman permainan, aktiviti senaman dan rekreasi.
  • Menghebahkan sebarang aktiviti rekreasi, riadah atau gotong-royong yang dilaksanakan oleh Malaysia In Bloom (MiB) kepada ahli masyarakat dan lain-lain organisasi.
  • Menjadi penghubung antara pengguna taman dengan PBT dalam hal-hal berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan taman.
  • Melaporkan aktiviti yang dilaksanakan kepada Jabatan Landskap Negara melalui laman sesawang yang telah disediakan.
  • Mendaftar keahlian Malaysia In Bloom (MiB).
  • Mengadakan kerja-kerja pengembangan (extension) dari aspek terknikal landskap, pengindahan dan penyelengaraan.
  • Menjadi penghubung antara semua Malaysia In Bloom (MiB) seluruh negara bagi membentuk komuniti Malaysia In Bloom (MiB) yang berinformasi.
  • Menjadi penghubung antara Malaysia In Bloom (MiB) dan lain-lain agensi untuk membina upaya Malaysia In Bloom (MiB).
  • Memantau pelaksanaan Malaysia In Bloom (MiB) dan pelaporan.
  • Membantu dalam melaksanakan kerja-kerja pengembangan dan latihan kepada ahli Malaysia In Bloom (MiB).
  • Membantu dalam memantau perjalanan program dan menyelaras peruntukan yang disalurkan oleh JLN kepada Jawatankuasa Malaysia In Bloom (MiB).
  • Menyediakan maklumat terkini Malaysia In Bloom (MiB) di kawasan seliaan mereka.
  • Mengenal pasti isu dan masalah perlaksanaan aktiviti Malaysia In Bloom (MiB) serta mengusahakan langkah-langkah penambahbaikan.
  • Bertanggungjawab dan memantau pelaporan bagi setiap aktiviti-aktiviti Malaysia In Bloom (MiB) secara berkala ke Jabatan.

JLN menggalakkan PBT menjalin kerjasama dengan Malaysia In Bloom (MiB) untuk memastikan kawasan kejiranan berada dalam keadaan bersih dan indah melalui landskap yang berfungsi dan memastikan kawasan lapang/hijau sentiasa terpelihara dan mampan.

Penubuhan Malaysia In Bloom (MiB)

  • Komuniti kejiranan menghantar permohonan penubuhan Malaysia In Bloom (MiB) ke JLN bersama cadangan struktur organisasi dengan menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran Borang RT-1 yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://jln.kpkt.gov.my/rakan_taman.
  • JLN membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kesediaan komuniti kejiranan menubuhkan Malaysia In Bloom (MiB) dengan sokongan dari PBT dan JPP.
  • Pemberitahuan penubuhan Malaysia In Bloom (MiB) olhe JLN melalui Borang RT-2.

Aktiviti

Antara aktiviti yang digalakkan seperti berikut, walau bagaimanapun tidak terhad pada aktiviti-aktiviti ini sahaja:-

JENIS AKTIVITIMODE/KEKERAPAN
Pengindahan kawasan rumah individu (halaman rumah)Harian/mingguan
Penyelanggaraan berkala kawasan taman awam / taman kejiranan / kawasan lapang3 bulan sekali
Aktiviti rekreasi massa (Senamrobik / Zumba / Senaman QiGong / Tai Chi / Silamban / dll)Mingguan/bulanan
Gotong-royong keseluruhan kejiranan6 bulan sekali
Pertanian Bandar (Urban Farming) melalui pendekatan Kebun KomunitiMingguan

Pelaporan

Malaysia In Bloom (MiB) menghantar laporan perlaksanaan aktiviti pada kekerapan 3 bulan/sekali melalui e-mel dalam format Borang RT-3 yang telah ditetapkan ke JLN.

Sokongan Dan Bantuan

  • JLN atau PBT akan mengadakan kerja-kerja pengembangan dari aspek teknikal melalui lawatan tapak atau sebaran maklumat melalui media elektronik contohnya seperti newsletter, buletin dan sebagainya.
  • JLN akan menyelaras dan mempertimbangkan bantuan kewangan atau lain-lain bentuk bantuan dengan syarat Malaysia In Bloom (MiB) memohon melalui Borang RT-4. Kriteria penentu dalam penyaluran bantuan adalah prestasi pelaksanaan aktiviti oleh Malaysia In Bloom (MiB).
  • JLN akan memberi maklum balas dan justifikasi/ spesifikasi keperluan yang diluluskan untuk permohonan Malaysia In Bloom (MiB) berkenaan menggunakan Borang RT-5.
en_GBEnglish (UK)
Scroll to Top