previous arrow
next arrow
Slider

Malaysia in Bloom (MiB) merupakan satu gagasan baru bagi menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah. Selain itu, MiB juga merupakan aktiviti dan program yang berasaskan kesukarelawan (volunteer base organization) yang bertujuan untuk bersama membantu pihak kerajaan dalam memelihara, menjaga keindahan dan kebersihan landskap dan taman di kawasan kejiranan.

SERTAI KOMUNITI MiB

Sebarang pertanyaan atau maklum balas sila klik

GERAN & BANTUAN

MiB yang terpilih akan diberikan peruntukan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dalam bentuk waran yang disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Negeri) atau Jabatan Landskap Negeri. Jumlah maksimum waran tersebut adalah RM20,000 mengikut keperluan dan permohonan dari MiB melalui Laman Web MiB. Pihak PBT bertanggungjawab memperakukan permohonan tersebut dan akan diluluskan oleh pihak JLN.
 

 

Peruntukan tersebut perlu dibelanjakan sepenuhnya dalam tahun semasa dan segala peraturan kewangan Kerajaan Persekutuan termasuk Arahan/Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan lain-lain Agensi Pusat dapat dipatuhi sepenuhnya.

Maklumat Lanjut

AKTIVITI MENARIK

previous arrow
next arrow
PlayPause
Slider

PROGRAM DI PERINGKAT ANTARABANGSA

TIP MENARIK

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

ms_MYBahasa Melayu
Tatal ke Atas